Pengenalan.



Buah ini sangat popular kepada pasangan yang sudah berkahwin tetapi masih tidak memiliki zuriat. Asal-usul buah ini tidak diketahui secara jelas. Yang pasti buah ini selalunya diperolehi di Mekah atau Makkah, juga di Madinah. Para jemaah haji dan umrah yang ke sana bisa sahaja menjadikan buah ini sebagai ole-ole kepada keluarga, sanak saudara dan rakan taulan sekembalinya ke tanahair terutama untuk mereka yang masih tidak mempunyai zuriat dan ingin menambahkan zuriat. Tidak semua tempat di Makkah dan Madinah boleh diperolehi buah ini. Malah, jika saudara bertanyakan buah ini kepada penduduk Makkah dan Madinah, malah kepada peniaga di sana, masih ramai yang tidak mengetahuinya. Ini menimbulkan persoalan lain samada buah ini memang berasal dari Makkah dan Madinah ataupun sebenarnya di bawa masuk dari tempat lain. Mungkin saudara ada jawapannya?

Jika saudara/i mempunyai rezeki dan kelapangan untuk ke Makkah dan Madinah, mungkin tempat yang paling ‘masyhur’ sekali untuk membeli buah zuriat ini ialah di Jabal Uhud di Madinah. Atau mungkin juga boleh cuba cari di Pasar Kurma. Jika di Makkah, boleh mencari sekitar masjid Makkah di kedai yang menjual buah kurma atau inai dan herba kering. Kadang-kadang buah ini pun boleh terselit di kedai jual tasbih juga! Paling senang ialah bertanya orang di sana samada mutawwif atau mereka yang berniaga di sana. Malu bertanya, sesatlah jalan.

Namun di Malaysia, buah ini memang sukar sekali untuk dimiliki. Lazimnya hanya diperolehi oleh mereka yang pulang mengerjakan haji dan umrah. Oleh sebab itulah, kami mengambil inisiatif untuk menjual di sini supaya lebih ramai yang boleh mencuba buah ini. Walaupun, tiada kajian saintifik di jalankan berkenaan khasiat buah ini, namun dari segi testimonial dan pengalaman pengguna, sudah ramai yang mendapat manfaat positif. Buah ini juga bukan sahaja dikatakan mampu meningkatkan kesuburan seseorang, malahan mampu merawat masalah keputihan dan darah rendah.

0 Response to "Pengenalan."

Post a Comment